Tanggal 7 Mei 2013.....
930 pagi : seperti biasa Ali Zikry ke PDK....di sana ramai yang tidak sihat
batuk2 dan selsema dan kebetulan pula Faris baru saja
pulih dari demam.
11.00 pagi : Selepas pulang dari PDK saya terperasan badan
Ali Zikri dah panas...check suhu 37.4 darjah celcius.
Lantas saya bagi ubat demam yang memang disediakan untuk Ali Zikry
saya jelum dan pantau suhu Ali Zikry...ketika hampir malam ..suhu mula
naik semula, saya tahan tak bagi makan ubat lagi sebab niat nak bawa
ke klinik 1Malaysia dan nak imasukkan ubat ke punggung.
8.00 mlm : suhu dah 38 darjah celcius, kami tukar fikiran, bawa Ali Zikry terus ke Hospital Seberang jaya
sebab dia dah menunjukkan tanda2 pelik...nafas tersekat dan mata kirinya dah menjuling....
menunggu untuk mendaftar dah cukup lama bagi saya....semasa mendaftar saya ceritakan apa
dengan harapan dia diberi rawatan segera....rupanya salah, kami terpaksa menunggu sangat
lama bersama orang yang sangat ramai. aircon pun dah tak terasa hanya panas bekuap saja...
tiada perasaan marah dalam diri saya.....sebab saya tahu ada kes yang lebih serius dan teruk
pada masa tu. hanya rasa menyesal dan bersalah pada Ali Zikry kerana silap percaturan.
9.30 mlm : Akhirnya Ali Zikry dipanggil dan dilayan oleh MA (mcm kat klinik 1M daaaa)
suhu dah mencecah 40.3 darjah celsius terus disuruh ke bilik 2 untuk dijelum......
disitu saya disuruh menjelum sendiri Ali Zikry di bilik no 3 dan kemudian menunggu
lagi dan agi dan lagi...
tangisan luar biasa Ali Zikry menimbulkan kerisauan dihati abang dan abah Ali Zikry.....
si Abang cuba membuka pintu tapi dikunci dari dalam....oleh kerana semangat ingi tahu
dan rasa kesian mendengar raungan si adik....si abang Afiq mengajak abahnya menendang pintu
bilik no 3 supaya boleh dibuka....saya pada masa tu memang takleh nk jwb call dari asben..
kuat sangat raungan Zikry, dia peluk saya tak mau lepas....
10 mlm lbh : baru la ada sorang doktor datang dan nak masukkan Ali Zikry ke wad....hati saya dah kering,
saya kata tak nak....kemudian doktor tu menghilang....
seketika kemudian muncul doktor tadi dan seorang lg doktor..mcm senior skit laaa....advise sy
masukkan ali zikry ke wad sbb dia OKU....sy tak nak juga...sy minta doktor masukkan ubat
ikut punggung dan bg ubat mkan saya nak balik....
doktor minta sy sign surat /...sy sign.
sbb saya dah takdak hati dgn service doktor2 hsj pada hari tu....sbb kedua anak2 saya yang lain
teengah periksa dan Faris yang baru baik demam tak dihantar balik ke asrama lagi...
10.30mlm : barulah Ali Zikry diberi ubat....dan kemudian diambil darah untuk check samada ada denggi
atau tidak...tiada denggi...tp ada sedikit kuman....walaupun cuak saya tetap dengan kputusan
saya..xnak masuk wad.
11.30mlm..urusan selesai saya balik , Ali Zikry pun dah lena keletihan sebab meraung dan saya
mula pantau suhu Ali Zikry
8 mei 2013 - 9mei 2013
Jam 1pagi ..Ali Zikry dah bangun ..merengek2..saya tak berani tidur..saya layan dia sampai kul 5 pagi, saya bagi ubat ikut jadual...pukul 5 orang lain dah bangun nak kesekolah..saya dan Zikry baru nak lena....maka abang2 dan abah...uruslah diri sendiri pada pagi tu.
selepas dia bangun saya mandikan dia dengaan daun kucai...meraung2 dia sebab Fobia dengan ayaq...
saya bagi ubat ikut jadual dan jelum2...memang teruk demam dia kali ni....nk bangun duduk pun terketaq2. terdetik kerisauan dihati saya.adakah akan kekal atau pd ketika dia demam saja.....selepas 3hari demam dia mula kebah dan saya pulak demam...MASYAALLAH....sakitnya ....sakit kepla, sakit sendi2, mata panas, kerongkong sakit.....agaknya mcm tula yang Ali Zikry rasa....disaat saya terlantar Ali Zikry pulak dah aktif dan mula membuli saya...gigit sana gigit sini...duduk atas saya.....mlm tu saya telan panadol dan tidur....Alhamdulillah saya bangun jam 10mlm...dh hilang saakit kepala cuma sakit badan sikit2 ada lagi.
10 mei 2013
bangun2 tidoq....Ali Zikry demam pulak dahhh....kali ni demam selsema....selsema ayaq hiung meleleh mata stiimmm sbb dok nk bersin asyik xjd...sama dengan saya.... kmi sama2 demam selsema....sambung makan ubat
12 mei 2013
Ali Zikry dah tak demam selsema tapi suhu tetap panas....dalam 37.4....saya still bg ubat....lepas tu dia batukkk plakkk......suhu mcm tu berlarutan 2 hari...saya mandikan dia dengan air daun bunga raya....dan saya stopkan ubat.....Alhamdulillah.....15hb dia dah tak panas tapi batuk still on.....
Alhamdulillah 16 mei 2013 dia sembuh sepenuhnya...tinggal mak dia ja dok batuk2.....