Showing posts with label SeKaDAr CorEtaAN. Show all posts
Showing posts with label SeKaDAr CorEtaAN. Show all posts

3 Dalam 1....


Satu Hari apabila satu keinginan  bertembung dengan satu projek......jeng ...jeng jeng.....

Ini kek.....teringin nak makan kek coklat cheese....kebetulan plak hari lahir zikry jatuh pada harii Ahad 243/2013...maka pada hari jumaat malamnya saya pun membaking kek tersebut ......sambil2 menyediakan rencah projek saya....

Teringin sangat nak buat kek ni...kek coklat keju.....


INilah projek saya...menerima tempahan membuat sate......dan kebetulan esoknya hari sabtu...iaitu hari cuti......jeng jeng jeng..maka projek pun bermula.....start dari tengahari ..gi beli barang2 di AYAM ORI.....Alhamdulillah...terima kasih ya ALLAH ...semua urusan dipermudahkan...

start kul 6 ptg saya mula mencuci ayam2 tersebut....En Z plak..balik kerja..makan...siap2 gi cari partner untuk kerja2 melapah dan memotong ayam...siapa lagi kalau bukan ibu tercinta......dia bawa abang2 zikry sekali...sian Zikry, ditinggalkan kesepian dan keseorangan......
"ooohhhh ..mana semua orang niii"
"Maakk  buat apa tu..meh la siniii"

siannn kat Zikry....


 Iniah bahan2 yang saya sediakan pada malam tu......
Part paling malas...menggoreng kacang dan  mengasing kulit kacang 
Bahan2 utama...perlu kupas cuci dannnn...

potong2. last skali mesin2kan.


Semua kerja2 saya selesai jam 11malam.......disebabkan mata tak ngantuk,Ali Zikry pun dok steady lagi dan bagi menghiburkan diri kami berdua yang kesunyian.....dengan rakusnya kami....



Memotong dan memakan kek ini i tengah malam...heheheheh....2 slice abisss.



Selesai kerja hari Jumaat malam.....sambung pagi sabtu pulakkk......
ini menu sarapan pagi yang ringkas dan nyum, nyum......

roti john ......jeerrrrr.



Selesai sarapan, bermula la sesi seterusnya....menggaul adunan sate dan mencucuk sate....semua dilakukan oleh suami saya dan saya plak....membuat kuah satenya (lupa nak snap kuahnya...)sambil2 membasuh baju, sambil2 melayan Zikry dan sambil2 membungkus nasi lemak....




Selesai semua kerja kami berehattt.........separuh hari gak la kerja2 ni.

Pada malam nya......sate dihantar ke rumah tuannya dan dibakar disana......








RaSA dan KeNAPa

Semalam saya bertemu seorang sahabat baik saya yang dah lama tidak bertemu, kami hanya berhubung setelah pandai ber 'facebook'. Dia seorang sahabat saya yang sangat lemah lembut, pergerakankannya lemah gemalai, pertuturannya lembuut sangat, sejuuk telinga mendengarnya. Dalam kelembutan itu, dia sebenarnya seorang wanita yang sangat kental dan berhati waja. Kekentalan dia jeas terpancar diwajah wanita yang sudah hampir 12tahun tidak saya temui itu. Dia sentiasa diuji oleh Kasih Sayang Ilahi. Bermula dengan kehilangan bayinya, kemudian dianugerahkan anak istimewa bidadari syurga dan dalam usia yang masih muda dengan anak2 masih kecil, suaminya pula dijemput Ilahi. Betapa sayangnya ALLAH Taala pada dia. Dia sentiasa diberi perhatian. AL Fatihah untuk Arwah suaminya.
Pada saya dan pada semua orang saya kira...akan beranggapan begini...dia ok la sebab dia berkerjaya, kakitangan kerajaan dan berjawatan tinggi. Ayat itu jualah yang saya cuba ucapkan bila saya bertemu dia... tapi bagi dia tidak...tidak sama sekali..ucapnya 'kau tak rasa apa yang aku rasa'. betul kata sahabat saya itu. Saya tak rasa apa yang dia rasa, walau sejauh mana saya cuba selam dan fahami apa yang dia lalui...saya tetap tak rasa apa yang dia rasa. Walau bergunung kata nasihat, kata semangat pada dia..tiada siapa pun rasa apa yang dia rasa.
Walaupun kami sama2 ada anak istimewa, ahli syurga...apa yang kami rasa tetap tak sama. Dia tak rasa apa yang saya rasa dan saya tak rasa apa yang dia rasa.
Teringat juga saya pada sahabat2 saya yang lain. Yang dah lama berumahtangga, diuji dengan kesunyian, tiada gelak tawa anak2. Dalam hati meronta2, menyentap2 dan tidak pernah putus usaha tidak pernah putus doa inginkan zuriat sendiri. Jika kita pandang mereka, kita nampak kosong, macam tak ada apa2 yang mereka rasa hakikatnya yang sebenarnya kita tak rasa apa yang mereka rasa. begitu juga dengan sahabat yang sudah berusia dan masih solo. Pada pandangan orang, tak kawin sebab memilih la atau apa2 la. Rupa paras cantik, berbudi bahasa....memang kalau makcik2 terpandang teringinn nak buat menantu. Tapi apakan daya jodoh belum sampai. Apa yang kita rasa? simpati? setakat mana kita boleh selami hati dan perasaan mereka ? tak jauh kan? sebab kita tak rasa apa yang mereka rasa....sebab kita dah bertemu jodoh dan beranak pinak. kita boleh pandai2 cakap dengan mereka...kenapa tak buat macam ni? kenapa tak macam tu? dan mcm2 kenapa lagi....hakikatnya soalan kenapa tu adalah satu tekanan...tekanan untuk mereka..saya juga tertekan dengan soalan kenapa....
Kenapa? 
Kenapa saya berhenti kerja ? Kan hidup dah susah ..KENAPA tak buat itu? KENAPA tak buat ini...?...hmmmmm ramai kawan2 suruh saya berniaga online....mudah, xperlu keluar, cuma untuk urusan pos sahaja....mudah memang mudah...tapi nak buat bukan semudah disangka. jika ia benar mudah..dah lama saya berniaga online dan offline dan dah lama juga kawan2 saya yang lain juga meninggalkan kerjaya makan gaji....saya dah mencuba nasib dengan pelbagai produk dan cara sejak bertahun2..5tahun yang lalu juga saya dah mencuba...harapan saya ketika itu, andai ditakdirkan saya berhenti kerja sekurang2nya saya pendapatan atau deengan hasil niaga saya , saya boleh berhenti kerja dan berniaga sambil menjaga anak2.... setiap soalan KENAPA..saya ada jawapannya.....tapi lama2 saya bosan menjawabnya.....sebab alasan2 saya menyebabkan saya dianggap orang yang mudah putus asa, lemah dan tidak berwawasan. saya dah malas menjawab semua soalan KENAPA.
Tapi apa yng saya sangat pasti......REZEKI DARI ALLAH untuk saya bukan disitu...bukan untuk apa yang telah saya usahakan......selagi saya mencuba jika itu bukan rezeki saya, saya tak akan berjaya. Tapi apabia sampai satu masa, bila ALLAH TAALA telah tetapkan itu dan begitu rezeki saya....ia tetap rezeki saya. Doa saya semoga sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki olehNYA..harapan saya, moga suatu hari nanti diberikan petunjuk ke Jalan yang benar, Jalan yang diredhai ALLAH.


Al KesAH




Sekadar coretan untuk kenangan....Al kisah, beberapa hari yang lalu, adik saya terjumpa anak burung cak yang masih kecil, ttapi sudah dipenuhi bulu..dia tak mampu terbang, mungkin dia sedang belajar dan terjatuh dia hadapan rumah saya. Saya ambil dan cuba letakkan di atas pokok bunga raya, dia bertenggek saja disitu...takut dia dimakan kucing, saya masukkan dia kedalam reban burung yang dah kosong. saya letakkan air dan pisang...saya tak tahu macam mana nak bagi dia makan..sekali sekala saya nampak dia membuka mulut..mungkin minta disuap seperti yang ibunya selalu buat...malam tu dia bermalam di dalam reban. Keesoaknnya, saya lihat dia muram saja, saya takut dia akan mati sebab tak makan....pisang yang saya bagi tak terusik pun..tiba saya terdengar bunyi burung cak...pagi2 kan burung keluar mencari makan.saya dapat ilham untuk letakkan semula anak burung tu diatas ranting pokok bunga raya..kemudian saya mengendap melalui tingkap...Alhamdulillah..tak lama kemudian datang 2ekor burung cak mungkin ibubapa anak burung tu kut...salah seekor dari hurung itu memberi makan ank burung tersebut, kegembiraan anak burung tu amat jelas...dia berdecit, melompat2 dari dahan ke dahan, menggaru2 bulunya...memang nampak gembira sangat, sementara 2ekor burung dewasa tadi tak putus mengawasi dan memberi dia makan. Ralit saya melihat telatah burung2 tu...hampir setengah jam saya bediri melihat mereka. Agungnya citaan Tuhan...burung pun sayangkan anak, anak yang hilang dicari......




Coretan kedua berlaku pagi tadi.Suami saya ke kedai kemudiannya dia balik dan memberitahu saya, ada seekor anak kucing, duduk atas kotak, macam tak larat dan kotak tu berada dalam parit...dia minta saya bersiap untuk ke lokasi kejadian kononnyaa untk seamatkan anak kucing tu, diaa tak mampu nk tolong kucing tu sebab dia geli dengan anak kucing....saya tinggalkan rumah tak berkunci dengan telur sedang direbus diatas dapur dan Ali Zikry sedang lena didalam bilik......sampaii dilokasi, saya lihat anak kucing beraada diatas kotak, mcm tidur tak bermaya..saya cuba hampiri tebing parit untuk dapatkan anak kucing tersebut, anak kucing tu pulak, bila merasa ada orang datang dekat dengannya dia bangun dan menghampiri saya..saya hampir2 terjatuh untk dapatkan anak kucing tu, kebetulan ada Hamba Allah lalu disitu, suami saya menarik  saya  naik semula ketebing..Hamba Allah tu menegur kami....suami saya memberitahu dia keadaan anak kucing tu...tiba2 anak kucing tu melompat dari atas kotak naik ke tebing..terpacul dari mulut saya..Laaaa boleh naik sendiri rupanya....lega rasanya bila lihat anak kucing tu sihat...namun Hamba Allah tersebut menyatakan kegusarannya, takut anak kucing tu kena langgar moto...sebab, kalau dia tak duduk dalam ongkang, dia akan duduk atas jalan. Kebetulan ada busak2 lalu disitu, kami suruh budak2 tu amik kucing tu.....depa tak mau la plak..takut. Last sekali, Hamba Allah tadi offer diri untu k bawa anak kucing tyu ke ke kebunnya..Alhamdulillah..selamat lagi satu misi. 

CamerOn hIGHlanD 2012

awal pertama mula kerja...
 Dalam orang dok sibuk anak2 start sekolah...kami sekeluarga sempat 'melancong' ke Cameron Highland hehehehehe....pakej 1hari tidak bermalam..memang agak memenatkan tapi menyeronokkan...seronok tengok keindahan alam ciptaan ALLAH...seronok tengok anak2 bergembira.....
beli jangan tak beli

cendawan..2thn lepas xdak lagi

cendawan..macam2 kaler...nak makan pun pikiaq 5kali

makan time...bawa bekal untuk sarapan ..tp mkn kul 12tghari..jimattt belanja

the best baby sitter...terima kasih  kak ngah, Teh n Chu sbb banyak bantu makcik jaga Ali Zikry..

layan diri sendiri

juara panjat kobis batu

the best of photographer...kamera dia 4kali harga kamera makcik

pose istimewa...afiq xmau balik klu tak amik gambar kat sini

keindahan alam ciptaan ALLAH

Pertandingan panjat bukit 

Juara panjat Bukit...

Cerita Semalam

Semalam saya diuji dengan rasa kecewa, sedih dan marah....saya cuba bersabar. Saya biarkan ...sabar je la..
Pagi tadi berkat kesabaran saya Allah Taala Turunkan Rahmatnya....Allah beri petunjuk kepada saya..Alhamdulillah...masalah saya selesai..terima kasih ALLAH...terimaa kasih juga kepada insan yang mengecewakan saya dan yang membuat saya berasa sedih dan marah...banyak pengajaran yang saya dapat.



Semalam juga, saya dijodohkan dengan dua insan 'supermom' ..insan2 senasib yang terdekat yang selama ini saya cari....mereka menaikkan kembali semangat saya yang dah hampir berputus asa...saya sedang kecewa sebab tak dapat memberi yang terbaik untuk anak saya....salah saya, saya lalai, saya cuai, saya mudah berpuas hati dengan perkembangannya walhal..perjalanan masih jauh...kehadiran mereka berdua memberi inspirasi untuk saya ....moga Allah Taala memberi rezeki dan rahmatnya untuk kami terus berusaha merawat Muhammad Ali Zikry.

ZOO TAIPING.

cewi2..excited nak pi zoo
Tempat kesukaan..rasanya dah 2thn xpi....bukannya best sgt pun, tapi anak2 suka.
mula2 sampai , macam biasala berkelah dulu..tp kali ni berkelah dekat pondok berdekatan zoo ja...hmm kotor.... dengan sampah2 yang dibuang oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab, hampir2 aku kegelian..sib bek boleh tahan lagi.
makan time

Acara membeli tiket bermula...pintu masuk zoo dah di upgrade nampak cantik....dan lagi cantik jumlah harga tiketnya ..WOW!!! 2 dewasa 2 kanak2  = RM50..huhuhuuhuhu.

disebabkan harga tiket dah termasuk naik keretapi zoo..kena la naik keretapi walaupun kena beratur panjanggg...klu tak rugi.Agak2 dalam 6 buah keretapi lepas baru sampai giliran kami sekeluarga untuk naik....dapat plak keretapi uzur yang panjang...adussss..

Mula2 semuanya berjalan lancar...sampai la bila drebar keretapi tu , berhentikan keretapi untuk me 'repair' sesuatu..Ali Zikry mula xboleh duduk..nangis2 dan meronta2..serba tak kena, panas...lagi panas bila dapat tau yang drebar tu cuma berhenti untuk repair speaker ja....

Selepas bersusah payah memujuk Ali Zikry, akhirnya samapi juga ke destinasi terakhir keretapi tu...aku pun cepat2 la letakkan Ali Zikry dalam stroller dan pasangkan kipas kecilnya...ahhhh nyamannyaaa (agaknya la kut) dia minum susu dan terlena....

Bermula la sesi berjalan, paling excited, kedua2 abang Ali Zikry laaa...berjalan dah tak macam berjalan dah....berlari2...dari satu destinasi ke satu destinasi...nak ambik gambar pun susah...

Kat Zoo plak sangat sibuk hari, aku pun xtau apa yang sibuk sangat, tapi paling sibuk, monyet2 yang berkeliaran....sibuk ja menyerbu tong2 sampah ....buang tudung, tarik bagi terbalik..gedegang!!!gedegang!!!..semua orang terpaku ....ada juga yang kena kejar hahahahahah, sib bek aku xkena.

Ali Zikry plak...lena sampai balik...


Faris dan Afiq

Ali Zikry pun excited nak masuk zoo.

atas keretapi zoo

arrgghh..panas2, ngantuk ..dahaga

Afiq menjeling monyet ..takut kena ligannn

sapa yang duduk dalam kandang sebenarnya niii

Allah Maha Berkehendak..

Arakian tersebut la kisah pada hari sabtu yang lal, hari aku bekerja..
Sebelum ke tempat kerja aku tinggalkan kelambu yang masih utuh berdiri sebab masih berpenghuni...
Pulang dari tempat kerja, aku dapati kelambu itu masih berdiri....hmm biarla..malas aku nak lipat dah
Keesokannya, si hero ku plak yang bangun lewat...maka tak terlipat lg la, kelambu tu....sib bek kelambu tu jenis cantik...macam khemah.

Pada pagi Isnin, sebelum berangkat ke tempat kerja, aku kemas2kan lah bilik tu...semasa nak lipat kelambu aku terpandang seekor binatang...arrghhh...LIPAN...di bawah kelambu
aku dengan perlahan2 cari la benda2 nak ketuk lipan tuh...semua dgn gerak perlahan supaya lipan tu tak lari..klu lari kang susah nak kejar...
mula2 aku jumpa panyapu...masa nak ketuk aku terpikir plak..penyapu ni ringan, nanti xjadi apa, dia boleh lari dan dengan bijaksananya...aku amik lesung batu kahkahkahkahkah...
aku ketuk ..dusyuuhh... kena ekor dia..tp yg peliknya apasal lipan ni tak mengeliat2...
aku kuis dia...hmmmm padan muka aku..rupa2nya lipan tu dah mati sebelum diketuk....
agaknya hari apakah dia mati ? kenapa dia mati?
kedudukan bangkai lipan tu, area2 tempat Ali Zikry la...dan dah 2 malam Ali Zikry suka, hentak2 kakinya dengan kuat sekali kat lantai...
aku agak la....lipan tu mati kena hentak ngan ali zikry kutt....innalillah...
ALLAH MAHA BESAR, MAHA PENGASIH , MAHA PENYAYANG.MAHA MELINDUNGI.... anak aku dan aku dan suamiku telah terselamat dari di sengat lipan...syukur Alhamdulillah....

AnAK2 Aku

Semalam..anak aku yg no 2 tu ..balik dr Taska, dia cakap dia ada duit. Aku sempat tanya "amik mana" sebab ,seingat aku , semalam aku tak bagi duit kat dia tp pastu aku tak dengar dah dia cakap apa sebab aku sibuk nak pulas stereng nak masuk parking.....
Then...bla dah parking anak aku tu terus gi mengaji n tak balik2 sampai lepas Maghrib sebab ..lepas ngaji, dia main..lepas main dia terus gi surau.....(aku dah banyak kali marah dah....nk gi surau balik la dulu..cuci2 kaki tgn badan tuh)
Tiba2 time jemaah tak habis solat lg, aku dengar suara 2 org anak aku tuh....dah balik...dan dalam tangan depa ada 4biji burger...
Aku terkejut..... aku tanya " ambik mana burger ni?"
si abang jawab " adik beli"
aku plak tanya lagi (suara mmg hot la masa ni) " Afiq ambik duit mana"
Afiq"kawan Afiq bagi"
Aku " sapa kawan Afiq? pasaipa dia bagi sampai RM10? nama apa?"
pastu si Afiq ni sebut la nama kawannya tu...aku tak ingat nama budak tu...
Time tu husben aku dah pegang rotan...n Zapp !!! Zapp!1 Zapp!! Zapp!!! dua dua kena rotan..
sorang sebab amik duit org n sorang lagi sbb bersubahat pi beli burger tanpa siasat duit tu mai dari mana.....
pastu aku suh depa 2beradik pi cari budak yg bagi duit tuh...depa pi cari..
5minit tak balik lagi...
aku kluar cari depa...aku nampak depa dok berjalan balik umah...aku cekak pinggang depan umah..
si Adik cepat cakap " takleh pi..Abang takut anjing" aku tanya dia rumah budak tu kat mana..dia cakap "kat belakang rumah Aliff..."  ZAPP!!! kena lagi...sebab jalan yang depa pi tadi bukan belakang rumah Alifff...
aku dok pikiaq2 camna nak buat...takkan aku nak izinkan anak aku makan burger yang dibeli dengan duit tuh..aku mesti cari budak tu dan dapatkan cerita sebenar dan bayar balik....
aku tanya afiq sekali lagi..."tau dak rumah budak tu?" dia angguk...aku kata " jom, kita pi rumah budak tu...."
aku ikut afiq dengan hanya berbekalkan duit sepuluh ringgit.....
Afiq berjalan dengan confidennya macam tau rumah tp sambil2 bersantai....aku ikut
habis 1 lorong 19 aku jalan...dia kona masuk Lorong 20
aku ngeri masuk Lorong 20 tuh..bau setanggi ..sebab banyak rumah India...afiq jalan lagi..aku ikut lagi....
hiii dah nak habis lorong 20 aku jalan....aku nk tergelak...mcm mana aku boleh percaya cakap budak nie...dan aku baru terfikir...napa aku tak tanya Heni..heni mesti tau (heni tu jiran aku yang bawa van budak 2 PAsti nii...
aku tanya dia balik " Sebenarnya Afiq tau dak rumah dia?"
Afiq jawab.."rumah dia lepas bukit sana kutt!!" aku terdiam....aku tanya lagi.." dia pi sekolah naik apa?" Afiq jawab " Bas" huarrrrgghhhhh..mcm mana aku boleh terpedaya nieeeeee...klu dah budak tu naik bas, dah sah sah laa dia tak duduk area umah aku....huawaaaaaa!!!!
mau tak mau..aku terpaksa berjalan dalam gelap dengan Afiq sampai umah...jauhnya nunnnn...sib bek tak jumpa anjing.
sampai umah aku tak cakap apa2...asben tanya.."dah bagi balik dah duit budak tu?" aku plak mcm bertih jagung...story kat asben aku...tertipu tul..dia mana tau umah budak tu....siap habaq lepas bukit la , apa la....mmg dia tak tau....mengaku tau...hmm sudahnya asben aku bantai gelakkan aku hahahahahahhaahahahahahahha
aku pun xtau nak buat mcm mana dah..aku suh la depa makan burger tu...
esoknya aku bagi kat Afiq RM10...suh bagi balik kat budak tu.
dalam kul 9pagi asben aku calll....katanya cikgu Afiq call, tanya pasal RM10 tuh....asben aku dh xplain tp dia suh aku calll balik, nak makesure dia dah bagi balik kat budak tu..
Then ..aku pun call la cikgu tu balik....
cikgu tu kata " depa buat spot check kat beg2 budak2 ni" terjumpa duit RM10 dlm beg afiq..dia tanya pasaipa bawa duit RM10..dia jawab mak bagi,....pasaipa mak bagi....mak suh beli coklat...." hahahah aku bantai gelak...aku story la kat cikgu tuuu...sudahnya cikgu tu kata..."memang ada...tadi ada sorang mak tu mai bagi balik duit RM25..anak dia bawa balik...katanya kawan dia bagi... kami nak siasat sbb tu kami check beg budak...la ni kami dah jumpa duit2 tu..kami nak call mak budak tu plak, pasaipa anak dia bawa duit banyak pastu bedak2 kat kawan2"
hmmmm sudahnya.................aku pun tak tau jawapannya...
tp utk Afiq dan Faris.....Sori la...tp len kali jgn amik duit yg kawan2 bagi.

PoPuLar PlaCe