InFaNtile SPASM

Senyuman yang hilang selepas diserang INFANTILE SPASM
Pada Usia 4bulan...Ali Zikry mcm baby lain, dah boleh meniarap....gelak2...

video
Pada usia 6bulan , aku terperasan macam ada something yang tak kena pada Ali Zikry...bukan tarik...tp satu pergerakan yang sepontan terjadi selepas dia bangun tidur, semakin lama semakin teruk dan nampak menyakitkan....
selepas berjumpa dengan 2orang doktor pun, masih tak tahu ..kenapa..
at last..dapat juga jumpa pakar dan ujian EEG dijalankan untuk memastikan bahawa ianya adalah sawan atau cuma jerkly movement (dokto la kata)...selepas 2hari keputusan EEG telah diketahui dan keputusannya...dia mengidap sawan jenis INFANTILE SPASM sejenis sawan yang susah dikawal dengan ubat..2minggu kami menginap di hospital untuk mencuba ubat yang sesuai...seingat aku 2kali dia dimasukkan ke hospital untuk mencuba ubat yang sesuai.....
dalam masa yang sama kami mencuba ubat homopati...Alhamdulillah..sawannya telah hilang di mata kasar kami................selebihnya sejak tu ALI ZIKRY selalu masuk wad sebab demam..boleh dikatakan setiap bulan mesti masuk wad...Alhamdulillah selepas usia 1tahun 2bulan ...demamnya dah jarang terjadi...antibodi dah kuat agaknya ALHAMDULILLAH.
video

maSIH SeGaR DIIngaTan 2

saat diberi botol kosong.....siannn, hisap sampai terlena..huhuuhuuu
CT SCAN dijalankan sekali lagi....sah! HYDROCHEPALUS....doktor mengarahkan segera ke HPP untuk menjalani pembedahan dan memasang VP SHUNT.......DAN pada usia 30hari , anakku telah dibedah atau dalam kata lain..ditebuk otaknya untuk dipasang wayer....Saat2 paling tragis bila doktor mengambil masa 1jam untuk memasang line (jarum) pada kakinya..haprak punya dokto...samapi biru jari jemari anakku...1jam dia menangis. Yang paling sedih bila dia terpaksa berpuasa selama hampir 12jam..seksanya dia...terpaksa aku beri puting kosong...hati bagai disiat2 sedih ..sepatutnya dia patut puasa dlm 4jam ja..tp tah mcm mana tah, doktor terpaksa tunggu katil ICU sbb takut dia tak boleh bernafas slps dibedah...yang si misi 5 6 kali aku tanya mana doktor..jwb tak tau..tunggu,..tak tau ..tunggu....last2 aku nangis. Tetiba aku trnmpak doktor yang terlibat tu..aku panggil dia dan minta dicepatkan sebab anakku dah berpuasa hampir 12jam....at last jam 4ptg baru anak aku dibawa ke dewan bedah....aku berasa lega..
tapi saat2 aku terpaksa meninggalkan dia bersama staf2 OT....aku diminta sayang dan cium dia sungguh2..aku jadi seram..dan diluar dewan bedah aku nangis semahu2nya..keseorang..tiada peneman.....
Selepas 1.5jam...pembedahan selesai..doktor sangat terkejut, dia sudah sedar sebelum ditolak keluar..menangis2...dan mampu bernafas sendiri.....Alhamdulillah tiada masalah semasa memasang dan sehingga sekarang....SYUKUR ALHAMDULLILLAH....KU MOHON PADAMU YA ALLAH...JANGANLA ANAK INI DISAKITI LAGI...... 

Yang Masih Segar diingatan

25hb Mac 2010
terima panggilan dari HSJ, maklumkan anakku tenat, aku blurr...aku segera ke HSJ..Doktor ceritakan apa yang terjadi.....aku masih blurr...aku pandang anak aku tanpa aku ketahui perasaan aku...berselirat wayer ditubuh kecilnya, ada tube dimasukkan kemulutnya..dia nangis , tp xkedengaran suara...misi cakap klu suara tak dengar maknanya tube tersebut sampai ke paru2...ALLAHUAKBAR...rasa meletup dadaku..
tp aku masih berlakon steady ..macam orang yang sangat kuat..
balik rumah, aku nangis sepuas2nya...asben aku pun sama..
Petang tu kami terima panggilan lagi dari HSJ...kali ni doktor maklumkan anak aku 'tarik'...doktor scan otaknya dan dapati berlaku pendarahan tahap 3..(aku xtau apa maknanya tu) dan untuk menghentikan pedarahan tersebut doktor telah menyuntik sejenis ubat untuk menghentikan pendarahan itu..dan risikonya..saluran air tersumbat..
selepas itu dan hari2 seterusnya tiada apa2 yang berlaku...aku diminta menghantar susu setiap hari dan selepas 2minggu semua wayer2 dah dicabut oleh doktor...aku diminta menyusu setiap hari dan doktor sentiasa memantau ukur lilit kepala anakku..
di hari2 terakhir diSCN...tiba2 sekali lg aku dikejutkan..dalam tempoh 1minggu ukur lilit kepala nya naik sebanyak 2cm dalam tempoh 1 minggu...maknanya saluran air dari otak dah tersumbat....
walaubagaimanapun anakku dibenarkan balik dan doktor dah setkan temujanji untuk CT SCAN bagi mengsahihkan keadaan anak ku......
Diagnosis : 24/3/09 ~ 13/04/09
prem 33/52 bw 2.66kg
RDS Grade II - III intubated & surfactart (x1)
approx 27hr reintubated
IV (H) grade III acute obstructive hydrochepalus
noted seizure  - CT Brain

Bermulanya di sini........

Di Lahirkan pada 24hb Mac 2009 jam 12.30pagi di Hospital Seberang Jaya pada usia kandungan 31minggu.....
Sejurus selepas dilahirkan dimasukkan ke nursery sebab sukar bernafas sendiri...ditempatkan di SCN untuk mendapatkan bekalan oksigen.
Menurut doktor lebih kurang jam 11.00malam, bekalan oksigen dibuang selepas doktor yakin bahwa dia mampu bernafas sendiri....malangnya selepas 30minit barulah disedari...tubuhnya sudah hitam lebam...tidak bernyawa.
segera dimasukkan ke ICU...menggunakan alat bantuan pernafasan selepas beberapa jam...dia bernafas semula......dan bermula perjuangan hidupnya sebagai insan istemewa....