Hari Ini dan Semalam

Dua minggu lalu saya dan abang2 Ali Zikry berasa sangat teruja kerana Ali Zikry tiba2 boleh menghisap straw dari botol air. Disebabkan teruja hampir satu botol air kopi saya biarkan masuk keperut Ali Zikry..Alhamdulillahhh. Disebabkan teruja juga la bila dah habis air kopi tu, si abang sulungnya mengisi dengan air masak dan kemudian asyik memaksa dia menghisap straw tersebut. Mungkin sebab teralu dipaksa, dia mula main2 dengan mengigit straw. Keesokannya dia dh tak nak hisap straw , bila bagi ja, dia berpaling. Dan keesokannyaa pula, saya cuba lagi...sedihnya dia dah lupa cara nak menghisap. saya cuba lagi..dia cuma senyum dan biarkan straw tu dibibirnya, mungkin menunggu air masuk sendiri ke muut dia kut. sedih tul saya. Tapi saya tak putus asa, hari2 saya cuba...dan akhirnya, dua hari lepas dia dah pandai menghisap semula....kali ni saya takkan paksa2 dia lagi saya suakan straw pada dia selang beberapa minit, dan mulai semalam saya cuba tidak beri botol air masak pada dia ,saya isikan air masak dalam bekas air dan berikan melalui straw padanya. Alhamdulillah. Hari ini dn seterusnya saya perlu mengajar dia cara memegang bekas air dengan betul. Dia pegang dah betul tapi suka tonggangkan macam botol susu. Alhamdulillahh Syukur.
Semalam juga rezeki Ali Zikry dan anak2 OKU, mereka diberi baju raya satu set oleh orang2 besar, tapi siapa pun mereka yang dapat nama sudah semestinya MYDIN heheheheheh. Apa tidaknya saya berkata demikian, semasa sedang menunggu rakan2 anak saya yang lain memilih baju raya, saya ditegur seorang wanita. Bermula dengan pertnyaan " anak ke?" kami mula bersembang, mula2 saya sangkakan dia staff JKM, rupa2nya dia bekerja dihotel dan berada disitu untuk menunggu suaminya habis waktu kerja. MYDIN memang tempat dia menunggu suaminya. Dia memuji2 MYDIN kerana sangat perihatin dan suka sedkahkan baju raya pada budak2,  saya tidak pula membetulkan fakta itu. Dalam asyik berbual dengan wanita itu,dia mengatakan yang dia rasa seronok sangat tengok anak2 OKU ni dpat baju raya....tiap2 tahun dia dapat tengok kesoronokan itu. ..hasil bualan saya dengn wanita itu, dia saya sifatkan seorang yang sangat memahami status saya sebaagai ibu kepada anak istimewa. Dia tidak memandang negetive, dia tidak bertnya soalan kenapa anak jd mcm ni....dia tidak menyuruh saya bersabar....ucapannya hanya " saya suka tengok rezeki ALLAH ini" dan riak wajah nya sangat2 ikhlas. Sememangnya saya tidak sukka pada orang yang memndang negetive pada anak OKU dan saya TIDAK SUKA ORANG YANG SUKA MENYURUH SAYA BERSABAR DAN APA2 KATA NASIHAT SEOLAH2 SAYA SANGAT SEDIH KERANA MEMPUNYA ANAK OKU, SEOLAH2 SAYA TIDAK REDHA DENGAN PEMBERIAN ALLAH.
Saya sangat gembira bertemu wanita itu dan berharap akan bertemu dengan orang2 seperti wanita itu lagi.
Masa berlalu dan saya telah diarahkan bergerak ke dalam bas....saya bersalam dengan wanita itu, saya ucapkan terima kasih ....dan saya tinggalkan wanita itu yang masih menanti suaminya.
Ketika sibuk sedang beratur naik bas, tiba2 wanita itu muncul lagi, dia memanggil saya....saya keluar barisan dan bertemu dengan dia....dia pegang tangan saya dan saya terasa macam ada benda..."ALLAHUAKHBAR kak" itu ja yang saya terucap ..dia beri RM kepada saya.... suara saya tersekat dikerongkong....dia kata...akak ada banyak ni dan akak nak bagi kat adik.....sy kata takpe kak...xyah... dia cakap lg...takpa dik, akak bg dan terus pergi meninggalkan saya. sekilas lalu saya sempat juga ucapkan terima kasih pada dia.
Doa saya...moga ALLAH TAALA berkati hidup wanita itu dan moga dimurahkan rezekinya.AMINNN

0 comments:

Post a Comment

PeNguNJuNg CokLat DzaIraiFiq

PoPuLar PlaCe