Semalam saya bertemu seorang sahabat baik saya yang dah lama tidak bertemu, kami hanya berhubung setelah pandai ber 'facebook'. Dia seorang sahabat saya yang sangat lemah lembut, pergerakankannya lemah gemalai, pertuturannya lembuut sangat, sejuuk telinga mendengarnya. Dalam kelembutan itu, dia sebenarnya seorang wanita yang sangat kental dan berhati waja. Kekentalan dia jeas terpancar diwajah wanita yang sudah hampir 12tahun tidak saya temui itu. Dia sentiasa diuji oleh Kasih Sayang Ilahi. Bermula dengan kehilangan bayinya, kemudian dianugerahkan anak istimewa bidadari syurga dan dalam usia yang masih muda dengan anak2 masih kecil, suaminya pula dijemput Ilahi. Betapa sayangnya ALLAH Taala pada dia. Dia sentiasa diberi perhatian. AL Fatihah untuk Arwah suaminya.
Pada saya dan pada semua orang saya kira...akan beranggapan begini...dia ok la sebab dia berkerjaya, kakitangan kerajaan dan berjawatan tinggi. Ayat itu jualah yang saya cuba ucapkan bila saya bertemu dia... tapi bagi dia tidak...tidak sama sekali..ucapnya 'kau tak rasa apa yang aku rasa'. betul kata sahabat saya itu. Saya tak rasa apa yang dia rasa, walau sejauh mana saya cuba selam dan fahami apa yang dia lalui...saya tetap tak rasa apa yang dia rasa. Walau bergunung kata nasihat, kata semangat pada dia..tiada siapa pun rasa apa yang dia rasa.
Walaupun kami sama2 ada anak istimewa, ahli syurga...apa yang kami rasa tetap tak sama. Dia tak rasa apa yang saya rasa dan saya tak rasa apa yang dia rasa.
Teringat juga saya pada sahabat2 saya yang lain. Yang dah lama berumahtangga, diuji dengan kesunyian, tiada gelak tawa anak2. Dalam hati meronta2, menyentap2 dan tidak pernah putus usaha tidak pernah putus doa inginkan zuriat sendiri. Jika kita pandang mereka, kita nampak kosong, macam tak ada apa2 yang mereka rasa hakikatnya yang sebenarnya kita tak rasa apa yang mereka rasa. begitu juga dengan sahabat yang sudah berusia dan masih solo. Pada pandangan orang, tak kawin sebab memilih la atau apa2 la. Rupa paras cantik, berbudi bahasa....memang kalau makcik2 terpandang teringinn nak buat menantu. Tapi apakan daya jodoh belum sampai. Apa yang kita rasa? simpati? setakat mana kita boleh selami hati dan perasaan mereka ? tak jauh kan? sebab kita tak rasa apa yang mereka rasa....sebab kita dah bertemu jodoh dan beranak pinak. kita boleh pandai2 cakap dengan mereka...kenapa tak buat macam ni? kenapa tak macam tu? dan mcm2 kenapa lagi....hakikatnya soalan kenapa tu adalah satu tekanan...tekanan untuk mereka..saya juga tertekan dengan soalan kenapa....
Kenapa?
Kenapa saya berhenti kerja ? Kan hidup dah susah ..KENAPA tak buat itu? KENAPA tak buat ini...?...hmmmmm ramai kawan2 suruh saya berniaga online....mudah, xperlu keluar, cuma untuk urusan pos sahaja....mudah memang mudah...tapi nak buat bukan semudah disangka. jika ia benar mudah..dah lama saya berniaga online dan offline dan dah lama juga kawan2 saya yang lain juga meninggalkan kerjaya makan gaji....saya dah mencuba nasib dengan pelbagai produk dan cara sejak bertahun2..5tahun yang lalu juga saya dah mencuba...harapan saya ketika itu, andai ditakdirkan saya berhenti kerja sekurang2nya saya pendapatan atau deengan hasil niaga saya , saya boleh berhenti kerja dan berniaga sambil menjaga anak2.... setiap soalan KENAPA..saya ada jawapannya.....tapi lama2 saya bosan menjawabnya.....sebab alasan2 saya menyebabkan saya dianggap orang yang mudah putus asa, lemah dan tidak berwawasan. saya dah malas menjawab semua soalan KENAPA.
Tapi apa yng saya sangat pasti......REZEKI DARI ALLAH untuk saya bukan disitu...bukan untuk apa yang telah saya usahakan......selagi saya mencuba jika itu bukan rezeki saya, saya tak akan berjaya. Tapi apabia sampai satu masa, bila ALLAH TAALA telah tetapkan itu dan begitu rezeki saya....ia tetap rezeki saya. Doa saya semoga sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki olehNYA..harapan saya, moga suatu hari nanti diberikan petunjuk ke Jalan yang benar, Jalan yang diredhai ALLAH.
0 comments:
Post a Comment
PeNguNJuNg CokLat DzaIraiFiq