Majlis Hari Jadi

23hb Mei 2013

PDK Puteri Gunung telah meenngadakan satu majlis sambutan hari lahir pelatih2 PDK....ini kali pertama saya mengikuti majlis sebegini di PDK Puteri Gunung....Dengan tidak menyumbang setitik peluh pun dan saya hanya berkongsi sedikit RM...(jumlah seperti yg dicadangkan) kedatangan saya disambut dengan senyuman oleh penyelia dan sikap ramah tamah petugas2 menyebabkan hilang rasa malu dan bersalah...

Menunya sederhana...mee kuah, ketupat rendang dan beberapa jenis kuih yang disumbangkan oleh orang lain bukan saya.....namun kesederhanaan ini langsung tak menggugat kemeriahan dan keceriaan semua orang....sangat2 happening...Ali Zikry pun gembira mendengar riuh rendah pelatih2 + petugas2.....

Majlis bermula dengan acara makan2....kemudian acara potong kek sambil bergambar............dan acara paling tak saya sangka....acara menyampaikan hadiah.....hadiahnya tak besar an tak mahal tapi sangat bernillai dan berharga.....bagi semua termasuk saya yang diberi penghargaan untuk menyampaikan hadiah kepada beberapa orang pelatih.

Terpancar kegembiraan diwajah setiap pelatih semuaa nampak seronok dan enjoy sangat2....dan iwajah petugas2 juga terpancar sinar kepuasan hati dan kegembiraan kerana berjaya membuatkan anak2 istimewa ini bergembira. Saya turut rasa gembira ...gembira kerana dapat melihat petugas2 yang sangat sayang pada pelatih2.....gembira melihat anak2 istimewa berseronok kerana mendapat layanan yang sangat istimewa dari cikgu2 mereka.....untuk mereka tak perlu diberikan yang mahal2....cukup lah yang sederhana tapi dari hati dan jiwa yang ikhlas suci dan murni.....saya yakin semua pelatih2 PDK puteri Gunung sangat sayang pada cikgu2 mereka......TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA PENYELIA PDK PUTERI GUNUNG DAN SEMUA PETUGAS2 DAN TERIMA KASIH DIATAS KASIH SAYANG ANDA KEPADA ANAK2 ISTIMEWA KAMI.....KAMI TAK MAMPU MEMBALAS JASA AN KASIH ANDA SEMUA KEPADA ANAK KAMI . HANYA ALLAH SAJA YANG MAMPU MEMBALAS JASA MURNI ANDA SEMUA.

0 comments:

Post a Comment

PeNguNJuNg CokLat DzaIraiFiq

PoPuLar PlaCe