CORAT CORET 9 BULAN

aksi di atas sofa yang telah dibuang spannya

aksi terjun tiruk

dah tinggi daahhhhh.......

kalau boleh dia nak masuk dalam tv tuh!

muahahahaha..kena balut slps dapatkan rawatan Kak Raw

Budak encem..muuaahhh saayannnggg anak mak
tidur ka?

antara aksi2 yang menyebabkan sofa tersebut dijual.

UnTUk KEseKIaN KAliNya

Setelah hampir 9 bulan tidak melibatkan diri dengan alam siber ni...akhirnya, pemberian broadband dan bayaran bulanannya sekali dari en suami ......saya dapat mencoret kembali aksi2 Ali zikry..disini....


Sekarang dah berusia 2 tahun 9 bulan...apa perkembangannya...


Dia dah mampu berdiri dengan berpaut pada apa saja, meniti perlahan2 dengan berpaut dan memanjat apa saja yang dia suka.....abis semua sofa terpaksa ditunggingkan .....mana taknya ...dia suka memanjat meja kopi dan sudahnya pada ramadhan yang lalu...dia jatuh terhempas dada ke lantai.....bedebab bunyinya ...meraung tak kira....selang 2 3 hari lepas tuh...ketika semua dok sibuk menghidang juadah...dia masih diruang tamu....ketika saat2 berbuka....sekelip mata dia dah berada diatas bangku kopi , menarik kipas angin tinggi dann terlepas...lalu terlentang dan terjunam jatuh.....Masyaallah....tak sempat nak lompat menyelamatkan dia...cuma mampu menyabarkan dia yang menangis terselop2, tp sekejap jeerr..pastu elok balik n buas balik.....Alhamdulillah..tiada yang serius..kepala nya bengkak sikit...Ya ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Penyayang..Ku lindungilah Anak ini dari segala bahaya, kau peliharalah dia...selamatkanlah dia....
Berbalik kepada kisa sofa...setiap kali ada tetamu..kelam kabut la...dok susun2 balik span sofa tu..at last...sofa2 n meja kopi dah selamat dijual.....maka kosonglah ruang tamu rumah iniii......


Dalam tempoh 9 bulan ni...banyak lagi coret2tan untuk Ali Zikry nih....sekarang nih dah banyak masa di rumah....moga2 dapatlah saya berkongsi apa saja disini.....dan moga2 apa yang termaktub di blog ni tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada anak saya...almaklumla..jenayah siber cukup banyak dan saya tak kenal dgn mereka....YA ALLAH YA TUHAN KU, ANDAINYA AKU TERSALAH LANGKAH KU SEDARKANLAH AKU..BERIKANLAH PETUNJUK KEPADAKU ...LINDUNGILAH ANAK AKU DARI SEGALA BAHAYA, JAUHILAH DIA DARI ORANG2 YANG BERNIAT JAHAT..PELIHARALAH DIA, LINDUNGILAH DIA......

Perkembangan Terbaru.....

Istemewanya anak ini, setiap perkembangan menjadi perhatian, setiap kejayaan membuahkan kegembiran dan kesyukuran yang teramat sangat, walaupun didalam hati terdetik setitik ketakutan.....Ya ALLAH janganlah anak ini menderita kesakitan lagi, janganlah KAU tarik nikmatMU darinya....Sesungguhnya ENGKAU MAHA BERKEHENDAK....Aku Redha dengan KetentuanMU.

Rehat Sebentar

Tengok TV






landing time

cari port






pose

perkembangan terbaru disember 2010...berusaha nak merangkak tapi terduduk....


Inilah perkembangan terbaru Muhammad Ali Zikry, Syukur ke Hadrat Ilahi...sesekali jenguk, tengok2 macam dah duduk...lama2 tengok, lepas terduduk rupa2nya dia sedang berusaha untuk merangkak

ZOO TAIPING.

cewi2..excited nak pi zoo
Tempat kesukaan..rasanya dah 2thn xpi....bukannya best sgt pun, tapi anak2 suka.
mula2 sampai , macam biasala berkelah dulu..tp kali ni berkelah dekat pondok berdekatan zoo ja...hmm kotor.... dengan sampah2 yang dibuang oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab, hampir2 aku kegelian..sib bek boleh tahan lagi.
makan time

Acara membeli tiket bermula...pintu masuk zoo dah di upgrade nampak cantik....dan lagi cantik jumlah harga tiketnya ..WOW!!! 2 dewasa 2 kanak2  = RM50..huhuhuuhuhu.

disebabkan harga tiket dah termasuk naik keretapi zoo..kena la naik keretapi walaupun kena beratur panjanggg...klu tak rugi.Agak2 dalam 6 buah keretapi lepas baru sampai giliran kami sekeluarga untuk naik....dapat plak keretapi uzur yang panjang...adussss..

Mula2 semuanya berjalan lancar...sampai la bila drebar keretapi tu , berhentikan keretapi untuk me 'repair' sesuatu..Ali Zikry mula xboleh duduk..nangis2 dan meronta2..serba tak kena, panas...lagi panas bila dapat tau yang drebar tu cuma berhenti untuk repair speaker ja....

Selepas bersusah payah memujuk Ali Zikry, akhirnya samapi juga ke destinasi terakhir keretapi tu...aku pun cepat2 la letakkan Ali Zikry dalam stroller dan pasangkan kipas kecilnya...ahhhh nyamannyaaa (agaknya la kut) dia minum susu dan terlena....

Bermula la sesi berjalan, paling excited, kedua2 abang Ali Zikry laaa...berjalan dah tak macam berjalan dah....berlari2...dari satu destinasi ke satu destinasi...nak ambik gambar pun susah...

Kat Zoo plak sangat sibuk hari, aku pun xtau apa yang sibuk sangat, tapi paling sibuk, monyet2 yang berkeliaran....sibuk ja menyerbu tong2 sampah ....buang tudung, tarik bagi terbalik..gedegang!!!gedegang!!!..semua orang terpaku ....ada juga yang kena kejar hahahahahah, sib bek aku xkena.

Ali Zikry plak...lena sampai balik...


Faris dan Afiq

Ali Zikry pun excited nak masuk zoo.

atas keretapi zoo

arrgghh..panas2, ngantuk ..dahaga

Afiq menjeling monyet ..takut kena ligannn

sapa yang duduk dalam kandang sebenarnya niii

Allah Maha Berkehendak..

Arakian tersebut la kisah pada hari sabtu yang lal, hari aku bekerja..
Sebelum ke tempat kerja aku tinggalkan kelambu yang masih utuh berdiri sebab masih berpenghuni...
Pulang dari tempat kerja, aku dapati kelambu itu masih berdiri....hmm biarla..malas aku nak lipat dah
Keesokannya, si hero ku plak yang bangun lewat...maka tak terlipat lg la, kelambu tu....sib bek kelambu tu jenis cantik...macam khemah.

Pada pagi Isnin, sebelum berangkat ke tempat kerja, aku kemas2kan lah bilik tu...semasa nak lipat kelambu aku terpandang seekor binatang...arrghhh...LIPAN...di bawah kelambu
aku dengan perlahan2 cari la benda2 nak ketuk lipan tuh...semua dgn gerak perlahan supaya lipan tu tak lari..klu lari kang susah nak kejar...
mula2 aku jumpa panyapu...masa nak ketuk aku terpikir plak..penyapu ni ringan, nanti xjadi apa, dia boleh lari dan dengan bijaksananya...aku amik lesung batu kahkahkahkahkah...
aku ketuk ..dusyuuhh... kena ekor dia..tp yg peliknya apasal lipan ni tak mengeliat2...
aku kuis dia...hmmmm padan muka aku..rupa2nya lipan tu dah mati sebelum diketuk....
agaknya hari apakah dia mati ? kenapa dia mati?
kedudukan bangkai lipan tu, area2 tempat Ali Zikry la...dan dah 2 malam Ali Zikry suka, hentak2 kakinya dengan kuat sekali kat lantai...
aku agak la....lipan tu mati kena hentak ngan ali zikry kutt....innalillah...
ALLAH MAHA BESAR, MAHA PENGASIH , MAHA PENYAYANG.MAHA MELINDUNGI.... anak aku dan aku dan suamiku telah terselamat dari di sengat lipan...syukur Alhamdulillah....

RagAM

golek2 baru keluar dari sarang
golek, golek, golek dan golek
kita minum duluu!!!
haaiitt..jgn main2 , minum sampai habis.
brrrrrr...brrrrr...menyembur2 ayaq liuq
senaman kaki..
jeling apa tu dikkk....
aaaaaaaarrr..nak mandi..nak mandi
senaman kaki lagii...
masih menanti..bila nak mandi nii..


aarrgghhh...!!! makk cepat la adik nak mandi niii
hmmm..letihnyaaaa..demammmm
tenung apa tu dikkk..

arrrkekekekekekekekek
terpegun..sejukkk

abang kata macam tansformer

senaman bersama abang..
hehehehe..kekekeke..hahaha

huhuhuhhuu..demammm

senaman

InFaNtile SPASM

Senyuman yang hilang selepas diserang INFANTILE SPASM
Pada Usia 4bulan...Ali Zikry mcm baby lain, dah boleh meniarap....gelak2...

Pada usia 6bulan , aku terperasan macam ada something yang tak kena pada Ali Zikry...bukan tarik...tp satu pergerakan yang sepontan terjadi selepas dia bangun tidur, semakin lama semakin teruk dan nampak menyakitkan....
selepas berjumpa dengan 2orang doktor pun, masih tak tahu ..kenapa..
at last..dapat juga jumpa pakar dan ujian EEG dijalankan untuk memastikan bahawa ianya adalah sawan atau cuma jerkly movement (dokto la kata)...selepas 2hari keputusan EEG telah diketahui dan keputusannya...dia mengidap sawan jenis INFANTILE SPASM sejenis sawan yang susah dikawal dengan ubat..2minggu kami menginap di hospital untuk mencuba ubat yang sesuai...seingat aku 2kali dia dimasukkan ke hospital untuk mencuba ubat yang sesuai.....
dalam masa yang sama kami mencuba ubat homopati...Alhamdulillah..sawannya telah hilang di mata kasar kami................selebihnya sejak tu ALI ZIKRY selalu masuk wad sebab demam..boleh dikatakan setiap bulan mesti masuk wad...Alhamdulillah selepas usia 1tahun 2bulan ...demamnya dah jarang terjadi...antibodi dah kuat agaknya ALHAMDULILLAH.

maSIH SeGaR DIIngaTan 2

saat diberi botol kosong.....siannn, hisap sampai terlena..huhuuhuuu
CT SCAN dijalankan sekali lagi....sah! HYDROCHEPALUS....doktor mengarahkan segera ke HPP untuk menjalani pembedahan dan memasang VP SHUNT.......DAN pada usia 30hari , anakku telah dibedah atau dalam kata lain..ditebuk otaknya untuk dipasang wayer....Saat2 paling tragis bila doktor mengambil masa 1jam untuk memasang line (jarum) pada kakinya..haprak punya dokto...samapi biru jari jemari anakku...1jam dia menangis. Yang paling sedih bila dia terpaksa berpuasa selama hampir 12jam..seksanya dia...terpaksa aku beri puting kosong...hati bagai disiat2 sedih ..sepatutnya dia patut puasa dlm 4jam ja..tp tah mcm mana tah, doktor terpaksa tunggu katil ICU sbb takut dia tak boleh bernafas slps dibedah...yang si misi 5 6 kali aku tanya mana doktor..jwb tak tau..tunggu,..tak tau ..tunggu....last2 aku nangis. Tetiba aku trnmpak doktor yang terlibat tu..aku panggil dia dan minta dicepatkan sebab anakku dah berpuasa hampir 12jam....at last jam 4ptg baru anak aku dibawa ke dewan bedah....aku berasa lega..
tapi saat2 aku terpaksa meninggalkan dia bersama staf2 OT....aku diminta sayang dan cium dia sungguh2..aku jadi seram..dan diluar dewan bedah aku nangis semahu2nya..keseorang..tiada peneman.....
Selepas 1.5jam...pembedahan selesai..doktor sangat terkejut, dia sudah sedar sebelum ditolak keluar..menangis2...dan mampu bernafas sendiri.....Alhamdulillah tiada masalah semasa memasang dan sehingga sekarang....SYUKUR ALHAMDULLILLAH....KU MOHON PADAMU YA ALLAH...JANGANLA ANAK INI DISAKITI LAGI...... 

Yang Masih Segar diingatan

25hb Mac 2010
terima panggilan dari HSJ, maklumkan anakku tenat, aku blurr...aku segera ke HSJ..Doktor ceritakan apa yang terjadi.....aku masih blurr...aku pandang anak aku tanpa aku ketahui perasaan aku...berselirat wayer ditubuh kecilnya, ada tube dimasukkan kemulutnya..dia nangis , tp xkedengaran suara...misi cakap klu suara tak dengar maknanya tube tersebut sampai ke paru2...ALLAHUAKBAR...rasa meletup dadaku..
tp aku masih berlakon steady ..macam orang yang sangat kuat..
balik rumah, aku nangis sepuas2nya...asben aku pun sama..
Petang tu kami terima panggilan lagi dari HSJ...kali ni doktor maklumkan anak aku 'tarik'...doktor scan otaknya dan dapati berlaku pendarahan tahap 3..(aku xtau apa maknanya tu) dan untuk menghentikan pedarahan tersebut doktor telah menyuntik sejenis ubat untuk menghentikan pendarahan itu..dan risikonya..saluran air tersumbat..
selepas itu dan hari2 seterusnya tiada apa2 yang berlaku...aku diminta menghantar susu setiap hari dan selepas 2minggu semua wayer2 dah dicabut oleh doktor...aku diminta menyusu setiap hari dan doktor sentiasa memantau ukur lilit kepala anakku..
di hari2 terakhir diSCN...tiba2 sekali lg aku dikejutkan..dalam tempoh 1minggu ukur lilit kepala nya naik sebanyak 2cm dalam tempoh 1 minggu...maknanya saluran air dari otak dah tersumbat....
walaubagaimanapun anakku dibenarkan balik dan doktor dah setkan temujanji untuk CT SCAN bagi mengsahihkan keadaan anak ku......
Diagnosis : 24/3/09 ~ 13/04/09
prem 33/52 bw 2.66kg
RDS Grade II - III intubated & surfactart (x1)
approx 27hr reintubated
IV (H) grade III acute obstructive hydrochepalus
noted seizure  - CT Brain

PoPuLar PlaCe